ABOUT US


Latar Belakang

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran SMKJR mula
 beroperasi pada 2 Januari 1996 dengan seramai 24 orang murid dan 3 orang guru. Kini 
enrolmennya mencecah  70 orang murid dan 18  orang guru  (11 kelas). PPKI SMKJR adalah 
program sekolah menengah pertama integrasi pendidikan khas di dalam daerah Hulu Langat.
Sehingga kini seorang penolong Kanan Pendidikan Khas telah dilantik pada tahun 2009. 
PPKI sekolah ini memfokuskan kepada bidang kemahiran 
daripada bidang akademik, namun begitu pencapaian dalam semua bidang termasuklah 
kokurikulum dan kurikulum amatlah dititik beratkan dan diselaraskan melalui semua aktiviti 
mahupun program yang telah dirancang dalam takwim PPKI bagi setiap tahun.  Program ini 
terbahagi kepada 7 buah stesen antaranya adalah Stesen MPV Masakan, Stesen Agama & 
Moral, Stesen Matematik & Perdagangan, Stesen Urus Diri, Stesen Jahitan,Stesen 
Komunikasi, Stesen Kraftangan dan akhir sekali adalah Stesen Perkebunan.