18 May 2011

Family De PPKISMKJR


Stesen Kraftangan


 
Stesen Kemahiran Hidup Kraftangan PPKI terletak di blok C SMK Jalan Reko. Waktu Kemahiran Hidup Kraftangan adalah 17 waktu bersamaan 630 minit seminggu. Guru yang bertanggungjawab mengajar kemahiran hidup kraftangan ialah Pn. Fazlilah Binti Darus dan Pn. Norbayah Binti Bok manakala pembantu pengurusan murid ialah Cik Norazatil Binti Sugerno.

               Antara program yang melibatkan semua Stesen Kemahiran ialah Program Sekolah Selamat,Stesen ini juga salah sebuah stesen yang terlibat di dalam program sekolah selamat. Stesen Kemahiran Hidup Kraftagan memilih tajuk Gangguan Seksual yang akan di sampaikan oleh Pn.Sehidah Binti Sirajudin.

               Antara program lain yang dijalankan adalah mengikut sukatan dan rancangan yang telah ditetapkan dan di ubahsuai mengikut keperluan dan kemampuan pelajar PPKI SMKJR. Setiap hasil pelajar dijadikan bahan untuk menghasilkan produk dan di salurkan di dalam bidang keusahawanan. Antara produk yang dihasilkan oleh stesen ini ialah :

  a)Batik Lukis
               b) Kad – Kad Ucapan (terdiri 20 jenis teknik Kolaj)
              1. Teknik Kolaj – kertas warna / creep paper
              2. Teknik Kolaj – Karangan laut
              3. Teknik Kolaj – Benang berwarna
              4. Teknik Kolaj – Cetakan bahan  alam semulajadi (daun)
              5. Teknik Kolaj – Cetakan bahan alam semulajadi ( pelepah pisang)
              6. Teknik Kolaj – Cetakan celupan lipatan tisu
              7. Teknik Kolaj – Cetakan alam semulajadi (ubi kentang)
              8. Teknik Kolaj – Bahan alam semulajdi (bendi)
              9. Teknik Kolaj – Cetakan benang bercorak
            10. Teknik Kolaj – Cetakan Span Becorak
        
        Hasilan kad-kad ucapan akan diserahkan kepada pelajar dan dijual sempena sambutan hari-hari tertentu seperti :
          a) Hari Guru
          b) Hari Raya
          c) Hari ibu/bapa
         
         Di samping itu pelajar juga didedahkan dalam projek Batik iaitu pendedahan awal dalam proses dan cara-cara untuk menghasilkan batik. Batik yang dihasilkan ialah batik untuk hiasan dinding dan cenderhati.

Stesen Matematik dan Perdagangan

Stesen ini  merupakan stesen yang berbentuk akademik yang menawarkan mata pelajaran  matematik dan perdagangan serta dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn Zuriana bt Hashim. Semua kumpulan kelas pendidikan khas mengikutinya. Objektif  penubuhan stesen ini  ialah untuk membolehkan pelajar :



@  mengenali bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalam alam sekeliling dan ciri-cirinya.
@  mengetahui dan memahami konsep nombor.
@  menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi.
@  menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian secara  
    berkesan dan bertanggungjawab.
@  menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat-alat asas matematik.
@  menguasai kemahiran menggunakan wang dalam kehidupan seharian.
@  mengetahui konsep masa dan waktu.

 
Selain itu,  aktiviti lain yang turut disertai oleh stesen ini  ialah program sekolah selamat, menganjurkan kerja lapangan ke Kompleks Hentian Kajang dan  Bulan Matematik dan Perdagangan.